Thursday 1 January 2015

JERAWAT:Ketahui Punca dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum..

InshaaAllah untuk entry kali ini saya akan share tentang masalah JERAWAT.Masalah jerawat atau Acne Vulgaris terjadi apabila minyak atau sel2 kulit yang telah mati menutupi liang2 kulit anda.
Kulit akan mengalami beberapa perubahan seperti terdapatnya bintik putih/bintik hitam (jerawat sederhana)
atau timbulnya bengkak yang kemerahan dan menyakitkan di bahagian bawah kulit samaada bernanah atau tidak (jerawat yang teruk).





Punca Jerawat tumbuh?



·         1. Masalah hormon
·          
Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria

Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan

Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi.  Secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress

Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Stress yang bereterusan hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walau bagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek

Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian

Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih.Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.Oleh itu sentiasalah menjaga kebersihan diri.



Tips Mengurangkan kesan Jerawat


  • Pastikan tangan anda sentiasa bersih. Kekerapan tangan menyentuh kulit muka adalah tinggi, jadi cuci tangan dengan air dan sabun sekerap yang mungkin.

  • Pakai pakaian yang bersih dan sudah dicuci.
  • Cuci muka dengan kerap. Wuduk setiap solat 5 kali sehari semalam adalah kaedah terbaik dan mudah untuk membersihkan muka dari minyak dan debu kotor.
  • Cuci muka dengan pencuci yang bebas kimia untuk membersihkan kulit muka anda.


  • Ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin A, vitamin B5, kalsium dan zink. Kurangkan makanan yang berlemak dan tidak berkhasiat.


  • Kawal stres dengan melakukan aktiviti  seperti bersenam, berenang atau senamrobik. Lakukan juga perkara yang boleh merehatkan minda seperti memancing, berkebun dan meditasi 


  •   Tidur dengan secukupnya kerana tubuh badan dapat menjana semula sel-sel kulit yang baru dan     mengeluarkan toksin dari badan


Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat dengan SHAKLEE

Jika anda berminat nak cuba produk Shaklee untuk membantu mengatasi masalah jerawat, saya cadangkan kepada anda  produk- produk di bawah:-
 *************************************************************************************


Untuk sebarang pertanyaan atau ORDER boleh

SMS/CALL/WA : 01114307287
facebook : Atie Ali
Email: meluraduka154@gmail.com

COD area Shah Alam dan Pos Seluruh Malaysia

Sharing is Caring..


No comments:

Post a Comment